KUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menghampiri 15,000 orang sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 14,763 mangsa dipindahkan di 194 PPS membabitkan 4,088 keluarga.
Sementara itu, data laman web rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) menunjukkan jumlah sungai yang mencapai tahap bahaya di negeri ini juga semakin meningkat.
Terdapat 18 sungai di negeri ini telah melebihi tahap bahaya dan lapan sungai melebihi tahap amaran manakala enam lagi melebihi tahap waspada.