Banjir di Bukit Changgang diatasi melalui inovasi terusan, evaporator - Utusan Malaysia

Banjir di Bukit Changgang diatasi melalui inovasi terusan, evaporator

INOVASI evaporator digunakan bagi mengubah banjir genang daripada fasa air kepada fasa wap di Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor. - IHSAN KASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Banjir genang di Bukit Changgang, Kuala Langat dilaporkan surut hampir sepenuhnya yang sebelum ini menjejaskan 149 keluarga di kawasan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, keadaan itu  diatasi dengan menggunakan inovasi terusan dan evaporator dihasilkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (Nahrim).

Beliau berkata, inovasi terusan itu bertujuan mengalirkan air banjir bergenang ke kawasan yang boleh menakung sebelum disalurkan ke sungai berdekatan apabila air surut.

“Terusan ini boleh dibina di kawasan lapang atau menggunakan parit sedia ada yang diperbesar saiz dan kedalamannya.

“Pam air berkapasiti besar diperlukan untuk menyedut air banjir genang ke terusan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, melalui teknologi inovasi evaporator pula bertujuan mengubah banjir genang daripada fasa air kepada fasa wap.

Katanya, pam diperlukan untuk menghasilkan tekanan tinggi dengan nozel atau muncung berongga diperlukan.

“Semakin kecil rongga, semakin halus cecair dihasilkan untuk membentuk wap air. Kebaikan evaporator adalah mengurangkan isipadu air banjir genang. Kelemahannya ialah perlahan dari segi mengeringkan banjir genang berbanding kaedah terusan,” katanya.

Sehingga 6 petang ini, ujarnya, sebanyak 68 keluarga kembali ke rumah masing-masing manakala selebihnya dalam proses membersihkan rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya