Banjir di Bentong di luar jangkaan - Utusan Malaysia

Banjir di Bentong di luar jangkaan

KEADAAN banjir disifatkan di luar jangkaan di sekitar daerah Bentong di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kejadian banjir di daerah ini yang melibatkan banyak kawasan adalah di luar jangkaan menyebabkan usaha menyelamat tidak dapat dilakukan serentak oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Laluan ke daerah itu yang terputus akibat banjir dan tanah runtuh menyebabkan pasukan bantuan sukar memasuki kawasan yang ditenggelami air.

Pengarah JBPM negeri, Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, akibat banjir di luar jangkaan itu, pihaknya tidak dapat masuk ke Bentong melalui Raub, Temerloh dan Kuala Lumpur.

“Kita seberapa segera (melakukan operasi menyelamat) namun Bentong kawasan agak luas dan dengan jumlah pasukan penyelamat yang ada, sukar untuk ke semua tempat serentak,” katanya di sini.

Menurut Wan Mohammad Zaidi, pada hari ini bantuan digerakkan ke Bentong daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak manakala JBPM Terengganu menyalurkan bantuan di sekitar Kuantan.

Katanya, usaha menyelamat mangsa-mangsa banjir di sekitar Taman Perumahan di Karak, Bentong yang terkandas hari ini turut menggunakan khidmat helikopter bomba.

Tambahnya, pada masa ini bomba bersiap siaga dengan semua 1,049 anggota diminta bertugas dan cuti telah dibekukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya