Banjir: Bomba fokus kesan lima mangsa hilang di Pahang - Utusan Malaysia

Banjir: Bomba fokus kesan lima mangsa hilang di Pahang

MOHAMMAD HAMDAN WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang memfokuskan usaha mengesan lima mangsa banjir yang masih dilaporkan hilang di Pahang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan kawasan di sekitar Bentong, Raub dan Kuantan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kesemua mangsa antaranya penduduk Kampung Tanjung dan Telemong (Bentong), Laman Pesona Cheroh (Raub) serta Taman Tas (Kuantan).

Katanya, semua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sekitar lokasi kejadian sudah dikerah dalam operasi khas berkenaan.

“Kita turut menggerakkan semua aset bomba termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan kesemua mangsa yang hilang. Operasi SAR itu diberi keutamaan bomba ketika ini kerana ia melibatkan soal nyawa,” katanya dalam sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, hari ini.

Jelas Mohammad Hamdan, kelima-lima mangsa yang dipercayai lemas itu masih dilaporkan hilang sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, JBPM menjalankan pemantauan menyeluruh di lokasi berisiko banjir Pahang, Sarawak dan Selangor.

“Kita kini bersiap siaga sepenuhnya jika berlaku fenomena kedua banjir dalam masa terdekat Pemantauan itu akan ditumpukan pada 34 kawasan di Sarawak, Selangor (20) dan  Pahang (17),” katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga masih terus memantau operasi pemindahan mangsa termasuk di Taman Sri Muda sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan lima lagi mangsa banjir dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kematian akibat bencana di tujuh negeri  itu kepada 46 orang setakat ini.

Selangor merekodkan kes mati lemas mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 25 orang diikuti Pahang (18) dan Kelantan (tiga). Seramai lima lagi mangsa turut dilaporkan masih hilang akibat bencana alam berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya