(BANJIR) Bilangan mangsa di Selangor menurun - Utusan Malaysia

(BANJIR) Bilangan mangsa di Selangor menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di 192 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor berkurangan kepada 29,024 orang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan Twitternnya berkata, sebahagian mangsa mula kembali ke rumah untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.

“Kemas kini pukul 12:41 tengah hari: Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS menurun kepada 29,024 orang di 192 PPS. Sebahagian telah mula kembali ke rumah untuk memulakan proses pembersihan sambil dibantu agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sukarelawan,” katanya hari ini.

Setakat pukul 8 pagi semalam, sebanyak 203 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Selangor yang menempatkan 30,632 individu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya