Banjir: Bantuan berterusan diberi, tiada mangsa terpinggir  - Utusan Malaysia

Banjir: Bantuan berterusan diberi, tiada mangsa terpinggir 

AMINUDDIN Hassim dalam sidang akhbar di PKTK, Taman Sri Muda, Seksyen 25 mengenai perkembangan bencana banjir di seluruh negara di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bantuan berterusan diberikan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir dalam proses pasca bencana itu bagi memastikan tiada mangsa terpinggir dalam mendapatkan perhatian sewajarnya.

Malah, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Taman Sri Muda dijangka terus dibuka sehingga Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) menerima laporan penilaian bencana daripada pengurusan bencana peringkat daerah (JBPD).

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima makluman penutupan pusat kawalan ketika penduduk di sini memasuki fasa pasca banjir.

“Kadangkala Pegawai Daerah faham, bukan sahaja kita hendak proses pasca bencana, tetapi bantuan selanjutnya. Kita ada input daripada pelbagai agensi melibatkan seperti kehilangan tempat tinggal, mangsa perlukan bantuan penempatan, makanan dan sebagainya.

“Kami di NDCC beroperasi 24 jam sehari dan menerima maklum balas ini yang dilaporkan setiap hari apabila mesyuarat PKOB dengan semua agensi dan kerajaan negeri. Itupun kalau tutup, kita akan ubah pusat operasi ini kepada kerajaan negeri dan mangsa boleh rujuk di sana,” katanya dalam sidang akhbar khas di PKTK, Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini hari ini.

Dalam pada itu, dalam fasa pasca bencana, beliau memaklumkan, semua agensi Kerajaan Persekutuan diminta berbincang dengan JPBN dan JBPD untuk membantu tindakan pasca di kawasan terjejas.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) melalui Nadma telah mengeluarkan pengarahan kepada semua Jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah untuk merangka serta menyelaras tindakan segera aktiviti-aktiviti  pasca banjir.

“Penggemblengan aset-aset kerajaan dengan penglibatan NGO dan sukarelawan perlu memberi perhatian kepada pentaksiran keperluan pasca bencana mangsa (Post Disaster Needs Assessment (PDNA),” jelasnya.

Tambah Aminuddin, gerak kerja daripada agensi kerajaan diperlukan bagi membantu tindakan seperti peralatan memasak, bahan masak, peralatan sekolah, pembersihan kemudahan awam, pengurusan sisa termasuk kereta tersadai yang mengganggu lalu lintas serta pembersihan saliran. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya