Banjir: Arahan siap siaga tertinggi - MKN - Utusan Malaysia

Banjir: Arahan siap siaga tertinggi – MKN

RODZI MD. SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan seluruh jentera kerajaan khususnya agensi keselamatan dan kesihatan supaya berada dalam kesiapsiagaan peringkat tertinggi bagi menghadapi bencana banjir.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, dalam hal ini, arahan MKN No. 20 iaitu Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara wajib diaktifkan segera melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Kata beliau, ini termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi menyusun strategi terbaik dan mengkoordinasi pelaksanaan pengurusan bencana banjir di lapangan yang berlaku dengan berkesan.

“MKN menyeru semua seluruh agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan untuk sama-sama berganding bahu memainkan peranan masing-masing supaya persediaan menghadapi banjir akan lebih tersusun demi keselamatan rakyat dan negara.

“Seluruh keluarga Malaysia diminta supaya mematuhi arahan dan makluman berkaitan bencana dari sumber sahih dan boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Rodzi meminta semua pihak mendoakan agar negara terhindar dari segala bencana dan semua Kelaurga Malaysia sentiasa kekal sejahtera dan selamat.

Setakat petang semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara merekodkan lebih 64,000 mangsa banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun itu melibatkan tujuh negeri di Semenanjung Malaysia dengan Pahang paling ramai.

Bilangan berkenaan membabitkan sejumlah 14,930 keluarga yang terpaksa berlindung di sebanyak 389 pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran rumah mereka masih ditenggelami air. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya