PETALING JAYA: Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam mengalami peningkatan paras air pagi tadi.
Berdasarkan laporan portal Media Selangor, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk TTDI Jaya, kawasan berhampiran Stadium Shah Alam di Seksyen 13 dan laluan di Plaza Tol Bukit Jelutong.
“Selain itu, paras air juga naik di laluan Lanchong Jaya dan Seksyen 28 berhampiran Pasar Raya Hero,” katanya hari ini.
Setakat ini, seramai 27 kematian dicatatkan iaitu 20 di Selangor manakala selebihnya di Pahang.
Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut mengakui terdapat kelemahan dalam pengurusan banjir khususnya di Selangor, namun memberi jaminan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE