PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 41 kematian melibatkan insiden banjir yang melanda tujuh negeri sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, kesemua mangsa terdiri daripada 26 lelaki, 13 wanita dan dua kanak-kanak.
Kata beliau, jumlah itu melibatkan 26 mangsa di Selangor dan 15 lagi di Pahang.
“Setakat pukul 8 pagi ini, 41 kematian direkodkan dengan empat lagi mangsa ditemukan.
“Kesemua mangsa maut dan hilang didapati di negeri Selangor dan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Acryl Sani berkata, lapan lagi individu iaitu tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak di Pahang. – UTUSAN ONLINE