Banjir: 3,794 mangsa Taman Sri Muda masih di 21 PPS - Utusan Malaysia

Banjir: 3,794 mangsa Taman Sri Muda masih di 21 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 3,794 mangsa banjir Taman Sei Muda, Seksyen 25 masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar bandar raya di sini, setakat ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua mangsa itu termasuk berada di tiga PPS yang baru dibuka pihak berkuasa.

“PPS berkenaan adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kemuning 2, Surau Al-Hijrah, Seksyen 31 dan Masjid Muhsini Kampung Sungai Kandis.

“Sehingga pukul 6 petang tadi, jumlah mangsa yang diselamatkan dan dibawa ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) adalah seramai 4,590 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir yang maut masih kekal 14 orang dan tiada mangsa baharu ditemuKAN setakat ini.

 “Selain itu, tiada insiden jenayah dikesan berlaku di kawasan banjir terutama pekan Sri Muda sehingga petang tadi. Pasukan Op Cantas Banjir akan membuat pemantauan 24 jam sehari bagi memastikan tiada berlaku kejadian pecah masuk premis,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya