Banjir: 13 sungai paras bahaya - Utusan Malaysia

Banjir: 13 sungai paras bahaya

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Sebanyak 13 sungai di seluruh negara kini berada pada paras bahaya (merah) manakala 10 lagi dalam tahap amaran. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 13 lokasi melibatkan sembilan sungai di Pahang, Kelantan (dua) dan Selangor dan Johor, masing-masing satu sungai. 

“Sebanyak 10 lagi sungai kini berada pada tahap amaran, perlu berwaspada kemungkinan melimpah berpotensi banjir. 

“Ini melibatkan dua sungai di Kelantan, Melaka, Sarawak dan satu di Johor serta Selangor,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Taman Sri Muda, Shah Alam dekat sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, seramai 66,015 petugas daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) digerakkan bagi operasi menyelamat khususnya di tujuh negeri yang terlibat dengan bencana banjir. 

Ujar beliau, sebanyak 1,600 bot daripada semua agensi dikerahkan bagi penyelarasan tugas untuk menyelamat serta menghantar bekalan makanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya