Banjir: 13 kes curi harta benda di Selangor - Utusan Malaysia

Banjir: 13 kes curi harta benda di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini membuka sebanyak 13 kertas siasatan melibatkan jenayah harta bagi bencana banjir di Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kesemua kes itu dibuka sejak 17 hingga 23 Disember lalu.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, empat kes dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

“Sembilan lagi disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kerana menceroboh pasar raya atau premis kedai bagi melakukan kesalahan mencuri.

“Susulan itu, seramai 43 individu terdiri daripada 40 lelaki dan tiga wanita ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abd. Jalil, kesemua kes itu di Selangor manakala di kontinjen setakat ini tiada insiden tersebut dilaporkan.

“Kesemua kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat,” ujar beliau.

Media hari ini melaporkan kejadian curi harta benda dipercayai meningkat di Taman Sri Muda, Shah Alam di sini yang terkesan akibat banjir, Sabtu lalu.

Malah ada pihak yang menyamar sebagai wakil insurans dan kononnya untuk menarik kenderaan yang tersadai di tepi jalan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya