Bandar Mentakab tenggelam, ulangi tragedi banjir besar 1971

Bandar Mentakab tenggelam

KEADAAN bandar Mentakab yang ditenggelami air di Temerloh, Pahang. - SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kejadian banjir di negeri ini semakin buruk seakan mengulangi tragedi banjir besar 1971 apabila bandar Mentakab di sini ditenggelami air hari ini.

Ketika banjir besar 2014 hanya kampung-kampung berhampiran sahaja ditenggelami air namun kali ini bandar itu turut dilimpahi air seperti lautan.

Seorang penduduk, Rosedi Othman, 68, berkata, banjir kali ini disifatkannya sebagai terburuk di Mentakab.

“Di Mentakab ini adalah yang terburuk kalau dibandingkan dengan banjir besar pada 1971, kali ini seluruh bandar dan rumah di kawasan tinggi kampung saya juga tenggelam.

“Rumah saya sudah tidak kelihatan kerana telah ditenggelami air begitu juga penduduk yang lain,” katanya yang tinggal di Kampung Batu Kapor di sini.

Seorang penduduk, Alice Tee, 35, berkata, dia tidak menyangka banjir kali ini menenggelamkan bandar Mentakab memandangkan pada 2014 hanya sedikit sahaja kawasan  bandar ditenggelami air.

Menurutnya, dia tidak sempat menyelamatkan barangan berharga kerana air naik terlalu pantas. 

“Pada masa ini air makin naik dan rumah saya telah paras kepala, saya cuma mampu berharap air akan turut dan banjir reda,” katanya. 

Sementara itu Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Temerloh, Mohd. Ikram Haron berkata, jumlah mangsa banjir di Temerloh pada masa ini terus meningkat kepada 8,777 mangsa daripada 2,463 keluarga.

Katanya, kesemua mangsa ditempatkan di 70 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di seluruh daerah titik tengah semenanjung itu.

“Setakat ini bandar Mentakab terjejas teruk berbanding Temerloh, air di Mentakab adalah dari limpahan air Sungai Semantan yang dibawa dari Bentong,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya