Bajet  Perlis 2022 lulus sebulat suara - Utusan Malaysia

Bajet  Perlis 2022 lulus sebulat suara

AZLAN MAN ketika sesi penggulungan Bajet Perlis 2020 dalam sidang DUN Perlis di Kompleks DUN Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini sebulat suara meluluskan Bajet Perlis 2022 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM306.83 juta.

Selain Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2022, Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021; Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021; Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 dan Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2022 juga diluluskan selepas dibahaskan selama tiga hari.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, pembentangan Bajet Perlis 2022 diluluskan dengan mendapat sokongan penuh termasuk daripada kesemua wakil rakyat pembangkang.

Katanya, kesepakatan antara wakil rakyat di negeri ini sama ada kerajaan dan pembangkang sangat baik dan boleh dijadikan contoh di peringkat Persekutuan.

“Walaupun kita tidak mempunyai memorandum persefaham (MoU) antara satu sama lain, tetapi kita boleh bekerjasama dengan baik dan saya berharap kesepakatan ini dapat diteruskan.

“Perlis boleh dijadikan contoh kepada kerajaan Persekutuan yang memerlukan MoU untuk bersepakat,” katanya ketika ucapan penggulungan Bajet 2022 dalam Sidang DUN Perlis di Kompleks DUN, di sini.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas sesi penggulungan tersebut, Azlan berkata, Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021 dilaksanakan kerana negeri ini tidak mempunyai undang-undang berhubung kutipan fi untuk aset-aset kerajaan.

Katanya, ini termasuk dewan, premis, gerai dan tapak gerai, fasiliti sukan, stadium dan gimnasium yang merupakan hak milik kerajaan.

“Kalau mengikut undang-undang, kutipan yang dibuat adalah tidak sah. Jadi, perlu ada rangka kerja undang-undang supaya ianya sah dan orang ramai tidak boleh mempertikaikan kutipan fi tersebut. Sama juga dengan Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021, yang membenarkan kutipan fi dibuat seperti masuk ke Gua Kelam dan sebagainya. Pada masa depan, jika ada tempat-tempat baharu berkaitan alam sekitar dan taman awam maka kita sudah pun mempunyai rang undang-undang untuk digunapakai.

“Ini secara tidak langsung akan mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri. Semuanya telah diluluskan dan kini sedang menunggu tarikh untuk pewartaan sahaja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya