Bah: Makin ramai tinggalkan rumah - Utusan Malaysia

Bah: Makin ramai tinggalkan rumah

KAMPUNG Guchil 7, Kuala Krai kini kosong selepas semua penduduk dipindahkan ke PPS terdekat sejak semalam. - UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Walaupun cuaca baik, jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,846 orang dengan 43 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di seluruh negeri setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, jajahan Gua Musang merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,541 orang diikuti Kuala Krai (832 orang), Jeli (137 orang), Tanah Merah (92 orang) dan Pasir Mas (88 orang).

Sementara itu, bacaan terkini dipaparkan infobanjir.water.gov.my merekodkan hampir semua sungai utama menunjukkan trend peningkatan, ekoran hujan lebat di kawasan hulu negeri sejak tiga hari lalu.

Antara sungai utama yang kini sudah melepasi paras bahaya ialah Sungai Lebir di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Tanah Merah, serta Sungai Golok di Tanah Merah dan Pasir Mas.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan pinggir sungai dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan membuat persiapan untuk berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya