Bah di Kelantan tidak banyak berubah - Utusan Malaysia

Bah di Kelantan tidak banyak berubah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cuaca baik di kebanyakan tempat di Kelantan hari ini namun bah tidak banyak berubah dengan 34 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di seluruh negeri bagi menempatkan 3,388 mangsa.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah tertinggi iaitu 1,416 mangsa banjir diikuti Kuala Krai 1,106 mangsa, Gua Musang 765 mangsa dan Tanah Merah 101 mangsa.

Sementara itu, bacaan terkini dipaparkan infobanjir.water.gov.my setakat pukul 3 petang ini merekodkan hampir semua sungai utama menunjukkan trend peningkatan, ekoran hujan lebat di kawasan hulu negeri sejak empat hari lalu.

Antara sungai utama yang kini sudah melepasi paras bahaya ialah Sungai Lebir di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Tanah Merah, serta Sungai Golok di Tanah Merah dan Pasir Mas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya