Babi, anjing liar ancam keselamatan penduduk - Utusan Malaysia

Babi, anjing liar ancam keselamatan penduduk

SEKUMPULAN babi berkeliaran mencari makanan berhampiran sebuah tasik rekreasi di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. - UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Penduduk di Bandar Puteri Jaya (BPJ) di sini, bimbang terhadap keselamatan mereka dengan kehadiran sekumpulan babi hutan, anjing liar dan kera sejak lebih setahun lalu.

Jumlah haiwan tersebut didapati semakin bertambah selepas tiada tindakan diambil oleh agensi terlibat untuk menghalau dan menangkapnya.

Penduduk mendakwa, haiwan-haiwan itu selalu berkeliaran di kawasan sebuah tasik rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Puteri Jaya 4, Rabil Rayman, 51, berkata, haiwan tersebut yang datang dari kawasan hutan berdekatan memasuki kawasan perumahan untuk mencari makanan pada waktu pagi dan petang.

Menurutnya, kehadiran binatang berkenaan menimbulkan ketakutan kepada penduduk termasuk pengunjung di tasik rekreasi tersebut.

“Walaupun belum berlaku kejadian tidak diingini seperti diserang babi, anjing liar dan kera, tindakan menghalau serta menangkap binatang tersebut perlu dilakukan segera.

“Setakat ini, tiada agensi terlibat yang memasang sangkar untuk menangkapnya,” katanya ketika ditemui di Bandar Puteri Jaya di sini, semalam.

Seorang peniaga di Bandar Puteri Jaya, Aznizan Idris pula berkata, sekumpulan babi hutan sering berada di kawasan itu sehingga menakutkan penduduk untuk beriadah.

Malah, sekumpulan anjing liar dan kera pula selalu berada di kawasan bangunan kedai berdekatan untuk mencari makanan.

“Kawasan tersebut juga berdekatan sebuah sekolah menengah yang juga boleh mengancam keselamatan kepada pelajar-pelajar,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya