PETALING JAYA: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dikatakan bakal menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengantikan Datuk Razarudin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu.
Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, jawatan yang dipegang Ayob Khan bakal diganti oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Kata sumber, jawatan Kamarul Zaman pula akan diganti oleh Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pemantuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, Wan Hassan Wan Ahmad.
“Pertukaran melibatkan jawatan-jawatan ini telah dikeluarkan menerusi sistem e-Siar Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE