Ayam, telur ayam dan sayur disenarai barang kawalan SHMKM - Utusan Malaysia

Ayam, telur ayam dan sayur disenarai barang kawalan SHMKM

AZMAN Adam meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia itu yang dilancarkan di Pasar Sri Gombak, Gombak, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ayam, telur ayam dan enam sayuran disenaraikan sebagai 12 barangan kawalan harga bagi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) mulai hari ini hingga 31 Disember ini.

 Skim dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu melibatkan ayam hidup, ayam standard dan ayam super selain telur ayam gred A, B serta C manakala Senarai sayuran pula iaitu kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, timun serta kubis bulat import.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, kerajaan prihatin dan serius menangani isu kenaikan harga barangan keperluan yang melanda negara ketika ini. 

Katanya, pelaksanaan SHMKM antara langkah menstabilkan harga dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran. 

“Senarai barangan akan dikaji secara berterusan dan ditambah atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran. Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan berada di lokasi tumpuan seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan serta pemantauan,” katanya selepas meninjau dan melancarkan SHMKM itu di Pasar Sri Gombak, Gombak hari ini.

 Jelas Azman, semua rantaian bekalan sama ada pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual diingatkan supaya mematuhi skim berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya