Ayam segar, telur, sawi dan kacang panjang turun harga esok - Utusan Malaysia

Ayam segar, telur, sawi dan kacang panjang turun harga esok

AZMAN ADAM ketika menyertai program Walkabout Ops Back To School dan SHMKM di sebuah pasar raya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Harga beberapa barangan mentah seperti ayam segar, telur serta dua jenis sayuran iaitu sawi dan kacang panjang dijangka mengalami penurunan bermula esok. 

Ayam segar akan turun dari RM9.30 kepada RM9.10 sekilogram manakala harga telur, sawi dan kacang panjang akan lebih murah sekitar 50 sen mengambil kira situasi dan lokaliti. 

Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, Azman Adam berkata, empat barangan itu merupakan sebahagian daripada 12 jenis barang yang diwartakan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM). 

“Kita mengikut trend dan keadaan harga semasa (barangan), jadi kita turunkan harga tersebut semasa ia turun serta untuk pastikan harga itu tidak naik lagi dalam tempoh kawalan tersebut,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas menyertai program Walkabout Ops Back To School dan SHMKM di sebuah pasar raya, di sini hari ini. 

Dalam pada itu Azman berkata, sebanyak  25,897 pemeriksaan dijalankan pihaknya di premis-premis dalam tempoh pelaksaaan SHMKM bermula 7 Disember lalu hingga semalam membabitkan 85 kes kesalahan daripada 50 aduan. 

Ujar beliau, setakat ini juga sebanyak RM20,000 kompaun dikeluarkan dengan sebahagiannya masih dalam siasatan berhubung kesalahan seperti menjual barang kawalan melebihi harga maksimum dan tidak memaparkan tanda harga. 

“Bagi Skim harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2021 pada 23 Disember hingga 31 Disember, pematuhannya adalah hampir 100 peratus daripada 7,178 peremis diperiksa,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya akan melakukan operasi khusus bermula esok bagi memastikan isu bekalan barangan di negeri-negeri yang terlibat banjir dapat ditangani dengan baik. 

“Setakat ini kita tidak begitu menerima aduan kenaikan harga di tempat terlibat banjir seperti Selangor dan Pantai Timur, cuma ada beberapa kes barang terputus sementara berikutan masalah logistik di beberapa kawasan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya