Ayam, sayur di Kelantan kembali murah - Utusan Malaysia

Ayam, sayur di Kelantan kembali murah

ADNAN Abd. Rahman (tengah) melihat sayur-sayuran yang dijual di gerai-gerai ketika program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Keluarga Malaysia KPDNHEP di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Harga barangan basah terutama sayur-sayuran dan ayam di Kelantan sudah mula menunjukkan trend penurunan.

Perkara itu disahkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd. Rahman selepas pemantauan pihaknya beberapa hari lalu.

Kata Adnan, jika tiga minggu lalu, harga ayam dijual melebihi RM9, malah ada yang mencecah RM10 sekilogram, namun sejak beberapa hari lepas harga bahan mentah itu didapati turun di bawah paras RM9 sekilogram.

“Pemantauan pihak kami juga mendapati harga sayur-sayuran di negeri ini juga turun hasil daripada penguatkuasaan agensi kerajaan.

“Kita mendapati peniaga di pasar basah di negeri ini memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP. Malah ada peniaga yang menyahut seruan apabila jual ayam dengan harga RM8 ke bawah,” katanya selepas program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Keluarga Malaysia KPDNHEP Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini, hari ini.

Adnan dalam pada itu memberitahu, KPDNHEP Kelantan kini giat mengadakan pemeriksaan dan pemantauan di kawasan premis dan pasar basah bagi memantau kenaikan harga barangan di negeri ini. 

“Dalam tempoh Januari hingga November tahun ini, sebanyak 65,849 premis termasuk pasar basah dan pasar tani di seluruh Kelantan sudah diperiksa membabitkan 46,177 di bandar serta 19,672 luar bandar,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya