Pengalaman lebih 30 tahun dalam perniagaan jualan buah-buahan secara borong dan runcit, membolehkan Arisah Long Ismail, 53, membuka empat kedai buah di sekitar Terengganu.
Akui Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, pengalaman berniaga buah yang lama itu memberinya jolokan sebagai ‘pakar buah’.
“Kedai Buah Zul Speed Trading cukup dikenali dalam kalangan pembeli dan pemborong di Terengganu kerana tawaran pelbagai buah-buahan tempatan dan import yang disediakan.
“Selain kepelbagaian, saya juga menekankan kualiti buah-buahan yang segar untuk dinikmati pelanggan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Arisah Long, bagi buah-buahan tempatan dia mengambilnya daripada pengusaha kebun di sekitar Terengganu manakala bagi buah import diambil daripada pengusaha buah-buahan.
Bagi yang ingin mengetahui perniagaan buah-buah dan mahu membuat tempahan buah-buahan boleh kunjungi Facebook, Zul Speed Trading atau hubungi 014-6445434. – UTUSAN