APM NS gerak lebih 150 anggota bantu bersih lokasi banjir

APM Negeri Sembilan gerak lebih 150 anggota bantu bersih lokasi banjir

SEBAHAGIAN anggota Kor-SISPA USIM membantu membersihkan rumah salah seorang penduduk yang dilanda banjir di Kampung Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan, hari ini. – FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan akan menggerakkan lebih 150 anggota termasuk Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi membantu membersihkan lokasi banjir.

MOHD. SYUKRI MADNOR

Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA), Mohd. Syukri Madnor berkata, rata-rata mangsa banjir telah memulakan kerja-kerja membersihkan kediaman masing-masing berikutan keadaan banjir yang sudah mulai surut.

Malah katanya, pihaknya juga akan bekerjasama dalam pasca banjir untuk membersihkan kemudahan-kemudahan awam yang juga terkesan dalam kejadian banjir kali ini.

“Di Jeti Pengkalan Nelayan Sungai Timun ini ada sedikit kerosakan dan rata-rata rumah-rumah orang awam juga dinaiki air sehingga ke paras bumbung. Jadi lebih 150 anggota akan digerakkan untuk membersihkan kemudahan awam, surau, masjid serta mangsa banjir di sekitar negeri ini.

“Bantuan ini sudah dimulakan di Giat Mara Seremban hari ini,” katanya ketika ditemui dalam tinjauannya di Kampung Sungai Timun, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya