Api misteri sambar siling, tingkap - Utusan Malaysia

Api misteri sambar siling, tingkap

NORHAYATI Mohd. Nor (kanan) menunjukkan kesan tingkap bilik tidur anaknya yang terbakar di Kampung Menjual Kubang Batang, Tumpat, Kelantan, semalam.– UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Api dilihat marak membakar salah satu bilik di rumah mereka namun selepas kebakaran terpadam, hanya si­ling dan tingkap didapati hangus manakala peralatan lain terma­suk pakaian masih elok.

Kejadian pelik pada pagi Jumaat lalu meninggalkan 1,001 pertanyaan kepada keluarga seorang guru, Norhayati Mohd. Nor. 50, yang tinggal di rumah itu bersama suami, Che Deraman Che Leh, 51, serta empat anak mereka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Norhayati mengakui masih kehairanan, namun bersyukur kerana kebakaran itu tidak merebak ke bahagian lain rumah selain tiada kecederaan atau kemalangan jiwa.

Katanya, mereka bagaima­napun terpaksa menumpang rumah keluarga di Kampung Bunohan di sini sementara menunggu sistem pendawaian baharu selesai dipasang dan rumah disahkan selamat diduduki.

“Sehari sebelum kejadian iaitu Khamis, kami sekeluarga bertolak ke Gua Musang untuk menziarahi anak sulung yang tinggal di sana. Sebelum bertolak, saya sudah pastikan keadaan rumah selamat dengan semua soket peralatan elektrik dicabut.

“Pada pukul 10.11 pagi Jumaat, saya menerima panggilan telefon jiran memberitahu rumah terbakar, jadi kami bergegas balik. Namun yang jadi hairan, hanya siling dan tingkap hangus, manakala barangan lain terselamat termasuk almari pakaian,” ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu Biro Pembangunan Masjid Ar Rahman Kubang Batang, Datuk Ahmad Rosdi Mahmad menyampaikan bantuan kutipan tabung masjid serta sumbangan peribadi beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Bharu, Mohd. Rusli Abdullah kepada keluarga itu.

Norhayati dalam pada itu berkata, berikutan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat semalam.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran, cuma pihak bomba yang datang menyiasat berkata, kebakaran tidak me­nunjukkan berpunca daripada litar pintas.

“Apa pun saya perlu bersangka baik dan untuk sementara waktu ini saya bersama empat anak menumpang di rumah orang tua manakala suami pula tidur dalam kereta depan rumah kerana takut pencuri datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya