Angkat berat, tinju, pentathlon diugut buang dari Olimpik 2028? - Utusan Malaysia

Angkat berat, tinju, pentathlon diugut buang dari Olimpik 2028?

ANGKAT berat berpotensi untuk disingkirkan dari Olimpik 2028 jika tiada siri pembaharuan menjelang 2023 susulan sukan itu sering terpalit dengan isu doping dan masalah tadbir urus.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Angkat berat dan tinju berada dalam radar untuk disingkirkan daripada Sukan Olimpik 2028 Los Angeles (LA), kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach.

Kata Bach, ini kerana angkat berat sering terpalit dengan isu doping dan tadbir urus, manakala tinju bergelut dengan dengan masalah kewangan selain skandal penghakiman dalam Sukan Olimpik 2016 Rio.

Tambahnya, selain daripada itu, pentathlon turut digesa untuk menggantikan acara yang melibatkan kuda perlu digantikan dengan sukan yang lebih inklusif jika ia mahu berada di LA 2028.

Imej pentathlon terjejas susulan jurulatih Jerman, Kim Raisner dihantar pulang ke negara asalnya selepas didapati menumbuk kuda yang enggan memberikan kerjasama ketika di Tokyo 2020.

Sementara itu, papan selaju, luncur air dan memanjat dinding berada dalam senarai 28 sukan di LA 2028, yang telah diserahkan untuk kelulusan, hasil mesyuarat IOC di Beijing pada Februari lalu.

“Cadangan kemasukan sukan tertumpu kepada belia ini adalah berdasarkan sumbangan besar kepada kejayaan keseluruhan Sukan Olimpik 2020 Tokyo. 

“Komitmen mereka terhadap inovasi dan perkongsian telah dipersetujui LA 2028. Kami juga mengiktiraf suara akar umbi terhadap tiga sukan itu ( papan selaju, luncur air dan memanjat dinding) untuk dianjurkan di LA dan California,” katanya.

Bach bagaimanapun berkata, angkat berat, tinju dan pentathlon masih berpotensi untuk dianjurkan di LA 2028 jika badan induk sukan terbabit membuat beberapa siri pembaharuan menjelang 2023.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya