PETALING JAYA: Jumlah korban akibat banjir sejak Sabtu lalu di Pahang meningkat kepada 20 mangsa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, peningkatan itu sekali gus menjadikan seramai 48 kematian direkodkan di seluruh negara setakat 12 malam tadi.
“Daripada jumlah itu, 25 kematian adalah di Selangor, Pahang (20 orang) dan Kelantan (tiga orang).
“Selain itu, lima mangsa dilaporkan hilang di Pahang,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE