Anak pesara diumum pelajar terbaik MTAT - Utusan Malaysia

Anak pesara diumum pelajar terbaik MTAT

AFFENDI Buang (kanan) menyampaikan Anugerah MTAT Keseluruhan Terbaik kepada Mejar Eugene Gnanaratchagar Gnanakkan (kiri) pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021 di Maktab Turus Angkatan Tentera Puspahanas, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya terpaku, memang sungguh terkejut apabila tiba-tiba diumumkan pula sebagai peserta keseluruhan terbaik,’ luah Mejar Eugene Gnanaratchagar Gnanakkan.

 Demikian reaksi spontan oleh pegawai tentera Rejimen Artileri Diraja (RAD) tersebut sejurus selepas namanya diumumkan pengacara menaiki pentas sekali lagi untuk menerima anugerah itu.

 Berasal dari Kemaman, Terengganu, beliau malahan mengakui tidak pernah ‘bermimpi’ untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Lembaga Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

 “Secara jujur, tiada apa-apa rahsia bahkan saya belajar seperti biasa dalam norma baharu dalam talian kecuali sempat sesi bersemuka satu semester,” katanya ketika ditemui pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), di sini hari ini.

 Seramai 163 termasuk 36 pegawai dari luar negara hadir menerima sijil Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan selain juga dikenali sebagai passed staff college-joint.

Anugerah disampaikan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan turut disaksikan Komandan MTAT, Brigadier Jeneral Fazal Abdul Rahman.

 Mengulas lanjut, Eugene, 43, sejak kecil tidak bercita-cita menjadi askar, namun minat dalam bidang ketenteraan mula timbul ketika menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

 “Saya tertarik menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dari 2001 sehingga 2003 dan memohon berkhidmat selepas tamat pengajian di Fakulti Sains Sosial,” katanya.

 Bapanya pesara Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan ibunya, seorang suri rumah turut tidak menghalang meskipun seperti sudah ‘lari’ daripada bidang pengajian asal di universiti, apatah lagi, pihak MTAT memberi kelonggaran kepada pelajar apabila dapat berbincang lebih luas sehingga lewat malam dan hari minggu menyiapkan tugasan apabila tiada sesi kelas.

“Jangan takut ceburi karier tentera kerana ia ada potensi masa depan,” jelas Eugene yang bakal ditugaskan di RAD Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan pada bulan depan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya