Anak Osman tekad teruskan perjuangan bapa - Utusan Malaysia

Anak Osman tekad teruskan perjuangan bapa

NORNEKMAN OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Anak kepada Allahyarham Datuk Osman Sapian, Nornekman bertekadmeneruskan perjuangan arwah bapanya dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas.

Nornekman yang merupakan anak sulung Allahyarham memberitahu, sejak kecil dia dan adik beradiknya didedahkan kepada kerja-kerja kemasyarakatan.

“Kami memang sentiasa didedahkan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat, jadi Insya-Allah saya akan meneruskan perjuangan beliau. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan untuk arwah dan yang mengadakan kenduri doa selamat buatnya,” katanya ketika ditemui selepas selesai majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin di sini, hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.45 malam tadi.

Sementara itu, Nornekman berkata, Allahyarham menunjukkan perkembangan positif selepas sepanjang dua bulan menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Sepanjang dua bulan ada perkembangan positif, dah boleh buka mata serta ada reaksi. Apabila dibawa balik ke rumah beliau kelihatan ceria sebab sudah lama tidak melalui suasana di rumah, namun selepas Asar semalam keadaan kesihatan beliau sedikit merosot,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya