Anak ikan paus terdampar di Pantai Merchang - Utusan Malaysia

Anak ikan paus terdampar di Pantai Merchang

ABD. Latif Jamaludin bersama anak ikan paus yang terdampar di Pantai Merchang di Marang hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seekor anak ikan paus dianggarkan seberat kira-kira satu tan ditemukan terdampar oleh kakitangan sebuah resort di Pantai Merchang, di sini hari ini. 

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mamalia berkenaan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan berikutan keadaannya yang terlalu lemah. 

Pemilik resort, Abd. Latif Jamaludin berkata, penemuan itu segera dilaporkan kepada pegawai Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang bagi memastikan anak ikan paus berkenaan dapat diselamatkan. 

“Saya bersama beberapa kakitangan, pengunjung resort dan orang kampung cuba menolak ikan paus itu ke laut, namun keadaannya terlalu lemah untuk berenang jauh, lalu hanya terdampar di pantai.

“Usaha menolak mamalia itu ke laut turut dilakukan kakitangan Jabatan Perikanan tetapi masih gagal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Abd. Latif berkata, penemuan terbaharu itu merupakan yang kedua kerana bangkai ikan paus pernah dijumpai di lokasi sama pada 2017.

Sementara itu, Pengarah FRI Rantau Abang, Sharum Yusof berkata, anak ikan paus berkenaan bagaimanapun gagal diselamatkan dan siasatan lanjut dilakukan terhadap bangkainya. 

Baru-baru ini, seorang peniaga kedai makan di Kemasik, Kemaman mendakwa menjumpai ketulan lilin seberat lima kilogram yang dipercayai muntah ikan paus, ketika memancing bersama keluarganya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya