Ambil iktibar pandemik dan banjir besar, kita mesti bersatu tak kira bangsa atau agama - Kit Siang - Utusan Malaysia

Ambil iktibar pandemik dan banjir besar, kita mesti bersatu tak kira bangsa atau agama – Kit Siang

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang menyeru rakyat mengambil iktibar daripada dua musibah yang melanda negara dengan bersatu tanpa mengira bangsa atau agama.

Beliau berkata, ini kerana jumlah kumulatif kes Covid-19 sudah melebihi 2.7 juta kes Covid-19 dan meragut lebih 31,000 nyawa, manakala bencana banjir besar baru-baru ini juga meragut 41 nyawa dan memusnahkan kira-kira RM20 bilion harta benda dan kerosakan tanpa mengira kaum atau agama.

Katanya, sangat mengharukan apabila masjid-masjid di Lembah Klang menjadi tempat perlindungan kepada mangsa banjir tanpa mengira kaum atau agama ketika musibah banjir melanda.

“Kita berada di persimpangan kritikal pembangunan negara, tertanya-tanya bagaimana dan mengapa kita gagal memenuhi janji kita sebagai sebuah bangsa selepas lebih setengah abad negara kita.

“Sebagai permulaan, marilah kita kembalikan sikap kita, biarlah rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, menjunjung dan memperkukuh prinsip pembinaan negara bangsa.

“Tanpanya, Malaysia tidak akan menjadi negara besar bertaraf dunia yang bersatu padu, berbilang kaum, berbilang agama, budaya, demokratik, adil, saksama dan progresif dalam (mendepani) teknologi moden.

“Marilah kita belajar daripada wabak Covid-19 dan banjir besar bahawa kita mesti bersatu sebagai rakyat Malaysia dan membantu antara satu sama lain kerana bencana tidak mengenal bangsa atau agama. Tiada ‘Keluarga Malaysia’ jika tiada Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan di blog.limkitsiang.com semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya