PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.
Amaran sama dikeluarkan melibatkan Johor iaitu di Pontian, Kulai dan Johor Bahru selain Limbang, Sarawak.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas jabatan itu.