PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, sehingga pukul 9 malam ini.
Kedah melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak (Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Maran dan Bera), Selangor (Hulu Selangor) serta Negeri Sembilan (Jempol).
Sarawak pula melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Sabah di Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud).