PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Pahang meliputi kawasan Bentong, Pekan dan Rompin.
Jabatan itu menambah, amaran turut meliputi Johor melibatkan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi selain Sarawak (Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri) dan Sabah (Lahad Datu) sehingga pukul 4 petang ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.