PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tiga negeri sehingga pukul 4 petang ini.
Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dan Johor.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Putrajaya, Johor (Pontian dan Kulai) sehingga 4 petang, Sabtu, 25 Disember.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. Amaran Ribut Petir dikeluarkan pada pukul 1.15 petang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Met Malaysia pada 11.30 pagi tadi mengeluarkan amaran ribut petir di di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Kemaman); Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Kluang dan Mersing) dan Sarawak: Bintulu (Bintulu) sehingga 3.00 petang, Sabtu, 25 Disember,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE