PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tiga negeri hari ini.
Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Terengganu, Pahang dan Sarawak sehingga pukul 1 petang ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Sarawak bagi Mukah serta Miri (Subis dan Miri) sehingga pukul 1 petang ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran pada 8:55 pagi di laman Facebook rasminya, hari ini.