PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.
Menurut hantaran Facebook jabatan tersebut, amaran sehingga pukul 6 petang itu juga membabitkan Perak (Batang Padang dan Muallim) dan Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
Selain itu, dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya malah Negeri Sembilan (Jelebu).
Amaran juga dikeluarkan di beberapa kawasan Sarawak dan Sabah. – UTUSAN ONLINE