Amaran hujan sangat lebat - Utusan Malaysia

Amaran hujan sangat lebat

KEADAAN banjir kilat di susur keluar lebuhraya NKVE Bukit Jelutong sekitar tinjauan di Shah Alam, Selangor. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahaya (merah) dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku melibatkan tujuh daerah di Perak iaitu Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Amaran tahap buruk (jingga) juga dikeluarkan membabitkan Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama dan Kuala Kangsar) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

Selain itu, amaran tahap waspada (kuning) dengan hujan berterusan dijangka berlaku melibatkan beberapa lokasi di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Sebanyak lapan negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir melanda seluruh negara sejak kelmarin.

Ia ekoran Lekukan Tropika membadai selatan Filipina apabila fenomena berkenaan mengukuhkan angin timur laut bertiup ke kawasan Semenanjung Malaysia dengan membawa lembapan tinggi di kawasan pantai timur dan menentasi Semenanjung Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya