PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluakan amaran ribut petir dan hujan lebat di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran sehingga pukul 5 petang itu melibatkan Perak di kawasan Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala Selangor (Gombak dan Hulu Langat).
Negeri Sembilan pula melibatkan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Bagi Sarawak, ia melibatkan Muka (Daro dan Matu) serta Kapit (Song dan Belaga).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.