PETALING JAYA: Lekukan Tropika di sekitar utara Semenanjung telah melemah dan dijangka lenyap sepenuhnya.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, keadaan cuaca di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak turut dijangka bertambah baik.
“Sehubungan itu amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada pukul 6.45 pagi tadi untuk negeri-negeri berkenaan, dengan ini ditamatkan.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil MyCuaca dan laman media sosial rasmi,” jelasnya.