PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri di utara Semenanjung hari ini.
Menurut jabatan itu, amaran tahap waspada itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama.
Sebelumnya, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Perlis dan Kedah.
Semalam, MetMalaysia menafikan maklumat cuaca berkenaan ‘kepala ribut’ yang tular di platform media sosial serta aplikasi WhatsApp.