Amaran angin kencang, laut bergelora di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

Amaran angin kencang, laut bergelora di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori tiga (merah) di Tioman, Condore, Bunguran dan Barat Reef North.’

Ramalan sehingga 8 dan 11 Disember itu mendapati, angin selaju lebih 60 kilometer se jam dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter.

Menurut METMalaysia, amaran kategori kedua pula melibatkan kawasan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak Barat, Tenggara Samui, Timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan.

Ini melibatkan angin selaju 50 hingga 60 kilometer se jam dengan ketinggian ombak 3.5 hingga 4.5 meter.

Seterusnya amaran kategori pertama (kuning) dengan angin selaju 40 hingga 50 kilometer se jam dengan ketinggian ombak 2.5 hingga 3.5 meter pula melibatkan Kelantan, Sarawak Utara, Sabah Barat dan Labuan serta Samui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya