Amalan menabung, melabur penyelamat ketika pandemik - Utusan Malaysia

Amalan menabung, melabur penyelamat ketika pandemik

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail meluang masa berbual dengan penduduk selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program berbasikal MAIPs Peduli Khas Covid-19 di sekitar Guar Sanji, Arau, Perlis, semalam- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Amalan menabung dan melabur menjadi penyelamat kepada kebanyakan rakyat ketika negara dan dunia berhadapan dengan kemelut ekonomi akibat krisis pandemik Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ramai pihak yang terpaksa mengeluarkan simpanan dan pelaburan masing-masing demi menampung perbelanjaan harian, meneruskan kelangsungan hidup atau dijadikan modal bagi menjana semula pendapatan.

Baginda bertitah, rata-rata penduduk terjejas sumber pendapatan dan kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak tersebut yang kini telah mengakibatkan lebih dari 28,000 kematian di Malaysia.

“Sehubungan itu, pelbagai  inisiatif, bantuan dan insentif disalurkan oleh pelbagai agensi, majlis agama Islam negeri dan pihak tertentu demi membantu mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi masyarakat.

“Sebagai contoh, peningkatan pengeluaran portfolio simpanan dan pelaburan sepanjang tempoh pandemik ini juga membuktikan kepentingan menabung, walaupun sedikit tapi secara berterusan kerana dapat berfungsi sebagai sumber kewangan khususnya semasa kecemasan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program berbasikal MAIPs Peduli Khas Covid-19 di sekitar Guar Sanji, di sini, semalam.

Antara yang dijejaki dan disantuni pada kayuhan tersebut ialai Jasmani Abd Hamid, 54, penerima Bantuan Fitrah MAIPs, serta Mohd Saad Ali, 65, dan Aishah Abdullah yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs, dan Bantuan Fitrah MAIPs.

Mereka semua tinggal bersama keluarga dan masing-masing menerima wang tunai RM700 beserta Kit MAIPs Peduli berisi bahan makanan asas dan juga beras fidyah.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya