Aliff Syukri positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Aliff Syukri positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri disahkan positif Covid-19 tahap tiga.

Perkhabaran tersebut dikongsikan Aliff menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Kini, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu sedang menerima rawatan di hospital.

Beliau memaklumkan jangkitan virus berkenaan memberi kesan kepada sistem pernafasannya.

“Saya ditahan wad kerana dijangkiti Covid-19 tahap tiga melibatkan paru-paru saya.

“Saya ditempatkan di hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai ketika ini,” katanya di Instagram.

Dalam kesempatan itu, usahawan tersebut juga sempat memohon maaf kepada semua kenalan andai dirinya ada membuat kekhilafan, sebelum ini.

“Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali saya.

“Saya memohon kemaafan sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat serta pernah termakan sengaja ataupun tidak awak.

“Sesungguhnya yang buruk datang itu daripada saya dan baik datang daripada Allah. Rasa lega sudah memohon maaf kepada semua. Takut-takut umur saya tak panjang awak,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut menzahirkan kerinduan buat keluarga kecilnya yang kini berada di kediaman bagi menjalani kuarantin kendiri.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menitipkan doa dan sokongan semangat buat Aliff agar diberikan kesihatan yang baik seperti sedia kala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya