Al-Sultan Abdullah berkenan redah banjir, tinjau situasi semasa - Utusan Malaysia

Al-Sultan Abdullah berkenan redah banjir, tinjau situasi semasa

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meredah banjir melihat sendiri masalah dilalui rakyat di sekitar ibu kota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat sejak 24 jam lalu.

Dalam pemakluman Istana Negara, Seri Paduka berkenan di tengah hujan, menuruni kenderaan di jalan susur menghala Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Seri Paduka juga meredah banjir bagi melihat sendiri situasi semasa di sekitar kawasan tersebut.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat Seri Paduka tanpa mengira tempat, masa dan cuaca.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya