Ah long dekati mangsa banjir - Polis - Utusan Malaysia

Ah long dekati mangsa banjir – Polis

RAMLI Din (kanan) bersama Arjunaidi Mohamed dalam majlis penyerahan bantuan mangsa banjir di IPK Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sindiket ah long dilaporkan mula ‘membuat kerja’ haram mereka apabila dilihat mendekati mangsa-mangsa banjir untuk mengambil kesempatan dengan menawarkan pinjaman secara tidak sah.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, beliau mempercayai Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengambil tindakan sewajarnya dalam usaha menangani masalah tersebut.

“Kita ada sektor polis, maknanya satu balai dibahagikan kepada beberapa sektor dengan setiap sektor ada seorang anggota polis. Kita akan menggunakan semua sumber ini untuk apa sahaja bantuan dari sudut nasihat, keselamatan dan sebagainya.

“Itu wajarnya anggota sektor ditekankan lagi untuk terus turun memberikan khidmat sebegini,” katanya dalam sidang akhbar selepas program penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik sama ada menerima aduan berhubung kehadiran ah long itu.

Sementara itu, dalam perkembangan banjir, Ramli memaklumkan seramai 632 pegawai dan anggota polis yang terjejas akibat banjir di Selangor di bawah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) seperti Shah Alam, Klang Utara, Kajang serta dari IPK sendiri.

Menurutnya, turut terkesan adalah kuarters dan balai polis di Taman Sri Muda.

“Kita mendapat sumbangan seberat 15 tan atau 2,000 kampit hasil sumbangan termasuk dari empat buah syarikat dan kerabat di-raja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah

“Beras itu akan disalurkan kepada Ketua Balai (OCS) sebelum diberikan kepada warga polis yang terkesan,” jelasnya.

Tambah Ramli, sumbangan pakaian turut diperoleh daripada Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) dengan diharap semua bantuan itu dapat meringankan beban warga polis yang terkesan itu.

Kesemua warga polis yang terjejas itu tinggal di rumah yang dibeli sendiri dan sewa. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya