PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk Mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.
Menurut Istana Negara, sesi tersebut berlangsung selama sejam yang bermula pada pukul 8 pagi.
“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE