PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Natal kepada masyarakat beragama kristian.
Ucapan itu dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik di hantaran laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.
“Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian.
“Semoga perayaan ini membawa keamanan, keharmonian, perpaduan dan kemakmuran kepada yang menyambutnya,” menurut poster yang dimuat naik itu. – UTUSAN ONLINE