Agihan sumbangan banjir Muda telus - Utusan Malaysia

Agihan sumbangan banjir Muda telus

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kutipan lebih RM2 juta yang berjaya dikumpul untuk mangsa banjir di seluruh negara anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang disalurkan menerusi pelbagai inisiatif ‘Bangkit’ akan diagihkan dengan secara telus.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, semua perbelanjaan yang digunakan daripada dana tersebut akan diaudit pihak ketiga.

“Sebab itu kami akan berunding dengan firma-firma audit yang terkemuka di Malaysia agar mereka dapat bekerjasama lakukan audit terhadap perbelanjaan yang telah kita lakukan,” katanya dalam sidang akhbar ‘Pembentangan Belanjawan #maribantu 2021’ secara maya hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memaklumkan kutipan RM2,062,186.98 akan disalurkan kepada mangsa banjir memerlukan yang merangkumi wang tunai RM300 dan pembelian peralatan sekolah di samping perkakas kediaman.

Malah katanya, Muda juga telah menggerakkan peguam untuk memberikan bantuan perundangan secara percuma dari segi insurans rumah, moratorium bank serta bantuan sekiranya ada mangsa banjir didiskriminasi majikan.

“Pertama sekali bantuan kewangan RM300 kepada 300 keluarga terjejas dengan difokuskan kepada golongan yang paling teruk terkesan terutamanya mereka yang datang daripada golongan B40. 

“Seterusnya pemberian set alat tulis dan beg sekolah, kelengkapan pakaian sekolah, komputer riba berkualiti untuk mahasiswa dan ini merupakan bantuan bersasar untuk pelajar. Barangan rumah pula kita akan berikan peti sejuk, mesin basuh, set periuk nasi, dapur gas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya