Agihan kerusi PRU-15: BN perlu bentuk persefahaman, persetujuan

Agihan kerusi PRU-15: BN perlu bentuk persefahaman, persetujuan semula

MOHD. YUSOF ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) perlu membentuk persefahaman baharu dan persetujuan semula melibatkan parti-parti komponennya bagi urusan pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, langkah itu perlu diambil berikutan kekalahan dihadapi BN pada PRU-14 yang lalu.

Selain tsunami politik, katanya, kekalahan BN pada PRU-14 lalu adalah disebabkan oleh kegagalan parti-parti komponen yang tidak dapat menawan hati pengundi.

“Dalam PRU-11, MCA menang 31 daripada 40 kerusi Parlimen ditandingi sebelum jumlah kerusi dimenangi berkurangan kepada 15 pada PRU-12, tujuh pada PRU-13 dan cuma satu pada PRU-14. Manakala yang terbaru dalam PRN Melaka, calon MCA hilang deposit di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun mereka berjaya meraih kemenangan di tiga DUN lain.

“Daripada data-data ini, BN jelas perlu membuat penstrukturan semula dan membentuk persefahaman baharu bagi menentukan calon sesuai di beberapa kerusi Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, penstrukturan semula itu amat perlu dibuat terutamanya di kawasan majoriti pengundi Melayu yang jumlahnya melebihi 60 peratus seperti Alor Setar dan Tanjung Malim.

“Calon MCA telah dua kali kalah di Alor Setar dan kekalahan sebegini akan menjejaskan misi BN untuk menguasai semula tampuk kuasa negara bagi membawa kestabilan politik seterusnya memberi kemakmuran kepada rakyat,” katanya.

Mengulas ucapan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68 kelmarin, Mohd. Yusof berkata, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO perlu lebih tegas dan berfikiran strategik dalam menentukan calon yang betul-betul boleh membawa kemenangan kepada BN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya