ADUN bawa ayam segar dalam Dewan - Utusan Malaysia

ADUN bawa ayam segar dalam Dewan

MUHAMAD Arafat Varisai Mahamad menunjukkan ayam segar yang dibawanya dalam Sidang DUN Perak di Ipoh, semalam - IHSAN URUSETIA DEWAN NEGERI PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam dikejutkan dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang membawa seekor ayam segar ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 Perak.

ADUN PKR itu berbuat demikian bagi menegur Razman Zakaria (Pas-Gunung Semanggol) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri berikutan isu kenaikan harga barang ketika ini.

Menurutnya, ayam yang dibawanya itu dibeli dari sebuah premis di kawasan DUN Gunung Semanggol bagi menunjukkan harga ayam yang naik.

“Saya nak hadiahkan ayam ini sebab tak ada tindakan yang diambil oleh Exco. Saya nak tanya, ada tak dialog diadakan bersama peruncit, pengusaha dan pemborong untuk melihat di mana masalah sebenar kenaikan harga ini?

“Apa peranan Exco, adakah ada tindakan diambil? Saya sendiri buat kerja macam Exco contohnya kita panggil pemborong, peruncit dan rakyat untuk dapatkan maklumat di mana salah silapnya di mana puncanya ke arah penyelesaian.

“Saya harap Exco kerajaan negeri diharap agar memahami keperitan rakyat akibat kenaikan harga barangan,” katanya.

Tindakan itu menarik perhatian beberapa ADUN lain yang turut mencelah antaranya Jamilah Zakaria (BN-Trong) dan Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim (Bebas-Titi Serong) ketika sesi.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas perbahasan, Muhamad Arafat menjelaskan isu harga ayam itu ditujukan kepada Razman kerana kenaikan harga barang berpunca di peringkat ladang. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya